WUDUK (Perkara mambatalkan dan makruh ketika berwuduk)
Rancangan Pengajaran Harian
Matapelajaran: Ibadat darjah 2
Kelas: 2 Mujahid
Tarikh: 8 Januari 2019
Masa: 3.00 - 3.30 p.m
Bilangan: 30 orang
Tajuk: Perkara yang membatalkan wuduk, makruh ketika berwuduk dan sempurnakan wuduk
Kemahiran: membaca, mendengar, melihat, menyelesaikan masalah, berfikir
Kaedah: perbincangan
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid memahami tentang pengertian wuduk
2. Murid telah mempelajari fardhu sert sunat-sunat wuduk
Hasil pembelajaran:
1. Murid dapat menyebut perkara-perkara yang membatalkan wuduk
2. Murid dapat menulis tentang penyempurnaan wuduk
3. Murid mampu menyenaraikan perkara-perkara yang makruh ketika berwuduk
Kemahiran berfikir: Soal jawab, merumus, membuat perkaitan
Penerapan nilai: Khusyuk, taat, hormat-menghormati, berani
Bahan bantu mengajar: Kad imbasan, kitab,
MASA/LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa
(Bismillahirrahmanirrahim allahummaftah alaina hikmataka wansyuralaina min khozaini rahmatika ya arhama rahimin)
|
1. Guru meminta murid-murid membaca doa
pelajaran
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa
pelajaran
|
Nilai : -Khusyuk
-Patuh
|
Set Induksi
(5 minit)
|
1. Apakah yang anda lihat dalam gambar diatas ?
Andaian jawapan : Mengambil wuduk
2. Tahukah bahawa wuduk juga boleh terbatal ?
Andaian jawapan : Tahu
3. Bolehkah kita menunaikan solat jika tiada wuduk ?
Andaian jawapan : Tidak
|
1. Guru menampal gambar pada papan putih
2. Murid itu dikehendaki menerangkan gambar
tersebut dengan betul
3. Pelajar lain cuba untuk memberikan jawapan
masing-masing tentang gambar tersebut dengan
penegtahuan sedia ada
| Kemahiran berfikir:
-Membuat
perkaitan
-Sumbangsaran
|
Langkah 1
(5 minit)
|
Perkara-perkara yang membatalkan wuduk :
1. Keluar benda daripada kubul dan dubur seperti air
kencing, tahi kentut dan darah
2. Tidur tidak tetap
3. Bersentuhan lelaki dan perempuan
4. Hilang akal deang sebab mabuk, pitam, gila atau sakit
| -Guru menjelaskan tentang lima perkara yang membatalkan wuduk
-Guru menyuruh murid berbincang secara berdua
-Guru menyoal apa yang telah disampaikan
-Guru memberi contoh
| -Teknik inkuiri
-Pendekatan masteri
-Kemahiran : Dapat
memahami
penyampaian guru
-Bahan bantu
mengajar : Kad
manila
|
Langkah 2
(5 minit)
|
Sempurnakan wuduk :
- Mengikut adab-adab berwuduk - Melakukan perkara-perkara sunat berwuduk | -Guru menerangkan adab berwuduk -Guru menjelaskan perkara-perkara sunat berwuduk
-Murid mendengar dengan tekun
| -Kemahiran :
mendengar,
membaca
-Strategi :
Bepusatkan guru
|
Langkah 3
(10 minit)
| Perkara-perkara makruh ketika berwuduk | -Guru memberikan kuiz berkaitan tajuk yang telah dipelajari -Pelajar yang menjawab diminta mengangkat tangan -Pelajar yang betul jawapannya diberi ganjaran | -Strategi : berpusatkan murid -Bahanbantu mengajar :Kad imbasan, kitab |
Penutup
(3 minit)
|
Apakah yang kamu pelajari hari ini?
Andaian jawapan:
-Dapat mengetahu perkara-perkara yang membatalkan
wuduk
-Dapat mengelakan daripada melakukan perkara-perkara
makruh ketika berwuduk | -Beberapa orang pelajar diminta mengulang isi
pelajaran pada hari ini
| -KBKK : Merumus
pembelajaran
-Nilai : Kesedaran
kendiri, menghayati, menghargai |
Catatan rifleksi: Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran pada hari sangat menyeronokkan kerana pada pendapat saya semua murid memberikan perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam teknik pengajaran dilakukan agak sedikit kurang mantap. Tetapi saya sangat berpuas hati . Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:
Disediakan oleh :
...........................
( )
Disahkan oleh :
...........................
( )

Comments
Post a Comment