KEMAHIRAN PnP (Strategi, Pendekatan dan Teknik)

STRATEGI

Definisi: Cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif 
       pengajaran dan pembelajaran.

-Strategi lebih menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran
-Strategi terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Strategi berpusatkan guru
    -Guru menguasai dan mengawal aktiviti pelajaran
    -Guru banyak memberi penerangan

 Ciri-ciri berpusatkan guru:
-komunikasi sehala
-guru bersifat autokratik
-murid tidak berpeluang memberi pendapat
-strategi pengajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru
-penyebaran ilmu lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi
-murid menjadi kurang kreatif
-teknik mengajar ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal

2. Strategi berpusatkan murid
    -murid memainkan peranan penting
    -murid melibatkan diri secara aktif
    -guru membimbing murid menjalankan aktiviti
    -kaedah dan teknik yang digunakan seperti inkuiri penemuan, main peranan dan
     sumbangsaran.

   Ciri-ciri berpusatkan murid:
  -komunikasi berlaku dua hala
  -ujian formatif ditekankan
  -murid bersifat kreatif
  -strategi pnp lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid

3. Strategi berpusatkan bahan:
    -guru menyampaikan pnp melalui bahan
    -kaedah: buku skrap, modul dan audio-visual.

   Ciri-ciri berpusatkan bahan:
  -bahan memainkan peranan penting dalam pnp
  -komunikasi berlaku antara guru dengan bahan atau murid dengan bahan
  -menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani
  -mementingkan aktiviti pnp yang bermakna melalui pengalaman sebenar

PENDEKATAN

Definisi:

1. Parera (1986)
   -Satu pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu
    penyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu harian.

2. Kamarudin Hj. Hasan (1988)
   -Satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat pengajaran dan hakikat
    pembelajaran.

Jenis-jenis pendekatan:

1. Induktif
   -dimulai dengan memberi contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum
   -memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan
   -bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan dan menekankan kepada pengulangan
    untuk mendapatkan hukum.

  Ciri-ciri pendekatan induktif:
 -mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum
 -memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman
 -membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu
 -memproses matlamat untuk membentuk hukum

2. Deduktif
   -Suatu pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh.
   -bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif
   -menekankan aspek tulisan

  Ciri-ciri pendekatan deduktif:
-generalisasi pada permulaan pengajaran dinyatakan secara eksplisit
-contoh-contoh yang digunakan sesuai dan mencukupi
-contoh tidak datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid
-pemahaman generalisasi murid dinilai melalui pelbagai cara
-contoh mesti betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain

3. Elektif
4. Komunikatif
5. Tematik
6. Interaksional
7. Pengalaman bahasa
8. Bersepadu
9. Masteri

TEKNIK

Definisi: Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pembelajaran.
-Teknik merujuk unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah
-Ia juga merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam
 pengajaran

Jenis-jenis teknik:

1. Tunjuk cara / demonstrasi
   -melibatkan satu cara pengajaran memusatkan perhatian murid kepada langkah atau   
    peraturan bagi menghasilkan sesuatu.

2. Soal jawab
   -Guru mengemukakan soalan dan murid memberikan tindak balas yang sewajarnya.

3. Menghafal
   -Teknik menghafal memerlukan empat langkah:

    i. memikir bahan yang dipelajari
   ii. mengulang bahan yang dipelajari
  iii. mengucap bahan di hadapan guru
  iv. mengingat bahan yang dipelajari

4. Latih tubi
   -Pengulangan fakta atau kecekapan yang dipelajari
   -Tujuan: mencari taraf penguasaan kemahiran dan menjamin kekekalannya

5. Bersyarah
   -Melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan
   -Sering diertikan sebagai teknik kuliah

Comments

Popular posts from this blog

MAKSUD RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN MINGGUAN

MAKSUD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN