SOLAT JUMAAT
Rancangan Pengajaran Harian
Nama guru: Muhamad Fitri Bin Idris
Matapelajaran: Ibadat darjah 3
Kelas: 3 Mujahid
Tarikh: 9 Januari 2019
Masa: 3.00 - 3.30 p.m
Bilangan: 30 orang
Tajuk: Pengertian solat Jumaat dan syarat wajib solat Jumaat
Kemahiran: membaca, mendengar, melihat, menyelesaikan masalah, berfikir
Kaedah: perbincangan
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid pernah menyebut tentang solat Jumaat
1. Murid pernah menyebut tentang solat Jumaat
2. Murid mengetahui bahawa solat Jumaat dilakukan pada hari Jumaat pada waktu Zuhur
Hasil pembelajaran:
1. Murid dapat menyebut pengertian solat Jumaat dengan betul
1. Murid dapat menyebut pengertian solat Jumaat dengan betul
2. Murid dapat menulis syarat wajib solat Jumaat dengan baik
3. Murid mampu menyenaraikan syarat wajib solat Jumaat dengan tepat
Kemahiran berfikir: Soal jawab, merumus, membuat perkaitan
Penerapan nilai: Khusyuk, taat, hormat-menghormati, berani
Bahan bantu mengajar: Kad imbasan, kitab, teka silang kata
MASA/LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PNP
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa
(Bismillahirrahmanirrahim Allahummaftah Alaina hikmataka wansyur Alaina min khozaini rahmatika ya arharahimin)
|
1. Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
|
Nilai: khusyuk,
patuh,
|
Set Induksi
(5 minit)
|
1. Apakah yang sedang dilakukan
dalam gambar tersebut?
Andaian jawapan: mendengar khutbah
2. Apakah solat yang dilakukan selepas khutbah Jumaat?
Andaian jawapan: Solat Jumaat
3. Tahukah murid bahawa solat Jumaat dilakukan pada hari Jumaat?
Andaian jawapan: Ya
|
1. Guru menampal gambar pada kad manila di papan putih
2. Guru menyoal beberapa soalan yang berkaitan
3. Murid cuba menjawab soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada
|
Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-sumbangsaran
|
Langkah 1
|
Pengertian solat Jumaat:
Solat dua rakaat yang dilakukan berjemaah pada waktu Zuhur hari Jumaat dengan didahului dua khutbah
|
Guru mengajar tentang pengertian solat Jumaat
Guru menyuruh murid berbincang secara berdua-dua
Guru menyoal apa yang disampaikan
Guru memberi contoh
|
1.Pendekatan
2.Pendekatan
3.Teknik
4.Teknik
5. Kemahiran:
-dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru
6.Bahan bantu mengajar:
-Kad imbasan, kitab
|
Langkah 2
|
Syarat-syarat wajib solat Jumaat:
1. Islam
2. Baligh
3. Merdeka
4. Tak uzur
5. Bermastautin atau bermukim
6. Berakal
|
Guru menerangkan tentang syarat-syarat wajib solat Jumaat
Murid mendengar dengan tekun
|
Kemahiran : pendengaran
KBKK: Dialog
Strategi: berpusatkan guru
|
Langkah 3
|
Syarat wajib solat Jumaat
|
Guru memberi latihan berupa teka silang kata berkaitan syarat wajib solat Jumaat
-Pelajar diminta menjawab latihan tersebut dalam masa 5 minit
-Pelajar yang betul jawapannya diberi ganjaran
|
Strategi: berpusatkan murid
Bahan bantu mengajar:
Teka silang kata
|
Penutup
|
-Solat Jumaat hanya wajib bagi lelaki sahaja
-Solat Jumaat tidak boleh ditinggalkan tanpa sebab yang dibenarkan syarak
|
Beberapa orang pelajar diminta untuk mengulang isi pelajaran pada hari ini
|
KBKK:
Merumus pembelajaran
Nilai:
Kesedaran kendiri, menghayati, menghargai
|
Catatan rifleksi: Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran pada hari sangat menyeronokkan kerana pada pendapat saya semua murid memberikan perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam teknik pengajaran dilakukan agak sedikit kurang mantap. Tetapi saya sangat berpuas hati . Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:
Disediakan oleh :
...........................
( )
Disahkan oleh :
...........................
( )

Comments
Post a Comment