MAKSUD RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN MINGGUAN

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. 

Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN

Merupakan rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu.

Comments

Popular posts from this blog

KEMAHIRAN PnP (Strategi, Pendekatan dan Teknik)

MAKSUD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN