WUDUK (Pengertian, fardhu dan sunat-sunat wuduk)

Rancangan Pengajaran Harian

Nama guru: Muhammad Ameen Bin Abu Bakar
Matapelajaran: Ibadat darjah 2
Kelas: 2 Mujahid
Tarikh: 5 Januari 2019
Masa: 3.00 - 3.30 p.m
Bilangan: 30 orang

Tajuk: Pengertian wuduk, fardhu dan sunat-sunat wuduk

Kemahiran: membaca, mendengar, melihat, menyelesaikan masalah, berfikir

Kaedah: perbincangan

Pengetahuan sedia ada:
1. Murid sudah biasa mendengar tentang wuduk sejak kecil
2. Murid sudah biasa mengambil wuduk sebelum baca quran atau solat

Hasil pembelajaran:
1. Murid dapat mampul membaca doa wuduk dengan baik
2. Murid dapat melakukan wuduk dengan sempurna
3. Murid mampu melaksanakan cara berwuduk dengan tepat

Kemahiran berfikir: Soal jawab, merumus, membuat perkaitan

Penerapan nilai: Khusyuk, taat, hormat-menghormati, berani

Bahan bantu mengajar: Kad imbasan, kitab,

MASA/LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)

Ucapan salam dan bacaan doa
(Bismillahirrahmanirrahim allahummaftah alaina hikmataka wansyuralaina min khozaini rahmatika ya arhama rahimin)

1. Guru meminta murid-murid membaca doa
     pelajaran
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa
    pelajaran

Nilai : -Khusyuk
           -Patuh
Set Induksi
(5 minit)



1. Apakah yang anda lihat dalam gambar diatas ?
Andaian jawapan : Mengambil wuduk

2. Tahukah bahawa wuduk perlu diambil sebelum
     menunaikan solat ?
Andaian jawapan : Ya

3.  Bolehkah kita menyentuh quran jika tiada wuduk ?
Andaian jawapan : Tidak


1. Guru menampal gambar pada papan putih

2. Murid itu dikehendaki menerangkan gambar
    tersebut dengan betul

3. Pelajar lain cuba untuk memberikan jawapan
    masing-masing tentang gambar tersebut dengan
    penegtahuan sedia ada

Kemahiran berfikir:

-Membuat
  perkaitan
-Sumbangsaran
Langkah 1
(5 minit)



Pengertian wuduk :

Membasuh anggota-anggota tertentu dengan air bersih berpandukan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentuniat kerana allah


-Guru menjelaskan tentang pengertian wuduk
-Guru menyuruh murid berbincang secara berdua
-Guru menyoal apa yang telah disampaikan
-Guru memberi contoh
-Teknik inkuiri
-Pendekatan masteri
-Kemahiran : Dapat
  memahami
  penyampaian guru
-Bahan bantu
 mengajar : Kad
 manila

Langkah 2
(5 minit)

Fardhu-fardhu wuduk :

1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga buku lali
6. Tertib




-Guru menerangkan fardhu berwuduk
-Guru menjelaskan 6 perkara wajib dilakukan ketika
 berwuduk
-Murid mendengar dengan tekun


-Kemahiran : 
 mendengar,
 membaca
-Strategi : 
 Bepusatkan guru

Langkah 3
(10 minit)


Sunat-sunat wuduk :

1. Membaca bismillah
2. Membasuh tangan hingga kepergelangan 
3. berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam hidung



-Guru mejelaskan perkara suna sebelum dan selepas
  berwuduk
-Guru memilih seorang pelajar lelaki kehadapan
-Pelajar tersebut diminta menunjuk cara sunat
 berwuduk berdasarkan fardhu wuduk yang telah
 dipelajari
-Pelajar lain diminta untuk membantu dan menegur
  kesalahan pelajar tersebut

-Strategi :
 berpusatkan murid
-Kaedah :
aplikasi berdasarkan tunjuk cara
-Bahan bantu
 mengajar :
 Kad imbasan
Penutup
(3 minit)

-Wuduk merupakan asas utama dalam melakukan ibadah
-Tanpa wuduk tidak akan sah ibadah yang dilakukan seperti
 solat dan tawaf



-Beberapa orang pelajar diminta mengulang isi
 pelajaran pada hari ini
-KBKK : Merumus
 pembelajaran
-Nilai : Kesedaran
kendiri, menghayati, menghargai


Catatan rifleksi: Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran pada hari sangat menyeronokkan kerana pada pendapat saya semua murid memberikan perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam teknik pengajaran dilakukan agak sedikit kurang mantap. Tetapi saya sangat berpuas hati . Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan pensyarah guru pembimbing:


Disediakan oleh :                                       

...........................
(                         )

Disahkan oleh :

...........................
(                         )

Comments

Popular posts from this blog

KEMAHIRAN PnP (Strategi, Pendekatan dan Teknik)

MAKSUD RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN MINGGUAN

MAKSUD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN