KEMAHIRAN PnP (Strategi, Pendekatan dan Teknik)
STRATEGI Definisi: Cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. -Strategi lebih menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran -Strategi terbahagi kepada tiga iaitu: 1. Strategi berpusatkan guru -Guru menguasai dan mengawal aktiviti pelajaran -Guru banyak memberi penerangan Ciri-ciri berpusatkan guru: -komunikasi sehala -guru bersifat autokratik -murid tidak berpeluang memberi pendapat -strategi pengajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru -penyebaran ilmu lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi -murid menjadi kurang kreatif -teknik mengajar ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal 2. Strategi berpusatkan murid -murid memainkan peranan penting -murid melibatkan diri secara aktif -guru membimbing murid menjalankan aktivit...